Sabtu, 27 April 2013

'E7J' Album CD Presale


Pada 27 April 2013, Sniperz melancarkan penjualan awal CD album 'E7J' iaitu album sulung mereka pada malam persembahan Konsert 'Back In Town'. Album tersebut dijual dengan harga RM10 sebagai harga pengenalan atau harga promosi khusus untuk penonton yang hadir pada malam tersebut manakala RM13 adalah harga selepas konsert tersebut.

Sementara itu di pentas sebelum persembahan Sniperz bermula, 2 orang emcee yang mengacara persembahan turut mempromosikan album ini dengan mengadakan sesi kuiz mudah berkenaan Sniperz,

Album yang berkonsepkan Rock 'n' Roll ini mengandungi 6 buah lagu di mana 5 daripada lagu tersebut adalah lagu baru (4 buah lagu ciptaan sepenuhnya oleh Sniperz sendiri dan 1 lagu adalah ciptaan Rosli Ahmad) dan sebuah lagu yang dirakam semula secara 'live recording' iaitu Lidah Bercabang yang pernah dirakam oleh kumpulan Hidayu pada tahun 1991. Turut dijual bersama album ini ialah t-shirt Sniperz yang dijual dengan harga RM25.

Kepada sesiapa berminat untuk mendapatkan CD album 'E7J' Sniperz ini boleh membuat pesanan kepada admin:
017-5885246 - En. RFizam (wakil di Ipoh)
017-6814976 - En. Wan Erwan (wakil di KL)
atau ke emel:
4sniperz@hotmail.com

Harga:
RM13 (penghantaran dalam kawasan berdekatan atau datang sendiri)
RM13 + RM2 (penghantaran melalui pos)


















Sniperz Sebagai Opening Act Band @ 'Back In Town' Concert



Pada 27 April 2013, Sniperz beraksi sebagai “opening act” di Konsert Sofea ‘Back In Town’ yang turut disertai kumpulan May sebagai “supporting act” bertempat di Wisma Chin Woo, Ipoh bermula jam 8.30mlm.

Sebagai band pembukaan, Sniperz telah mempersembahkan 4 buah lagu iaitu medley (Nana dan Lidah Bercabang), Ekspressi Tujuh Jiwa, Metal Zulaikha dan Ikrar Perwira. Di dalam persembahan tersebut, Sniperz juga telah menampilkan gimik kesan bunyi sebagai daya tarikan.

Antara yang hadir memberi sokongan di konsert tersebut ialah teman-teman dari Sniperz Followers, Ipoh Rockers Musicians, Sabahan Rockers dan ramai lagi.


Tontoni Video Berikut :



Sesi Soundcheck



Sabahan Rockers



Pemenang Kuiz Album Sniperz







Selasa, 2 April 2013

IRM Raikan Harijadi Din Sniperz

 
Pada 2 April 2013, warga IRM meraikan harijadi Din Sniperz bersama seorang lagi sahabat dalam IRM iaitu Chortoto dari kumpulan Silverians di Restoran Chef Kamarul yang terletak di Kg Tersusun Bercham. Acara yang bermula pada jam 9mlm itu dimulakan dengan doa selamat dan diikuti jamuan makan serta sesi bergambar.

Setelah itu, sesi busking pula menyusul, dimulai dengan Sparrow yang menyampaikan 3 buah lagu, Sniperz juga menyampaikan 3buah lagu, diakhiri oleh The Shemz menyampaikan pelbagai lagu popular masakini.

Tahniah Din Sniperz dan Chortoto, selamat hari lahir, semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, amin.

Tontoni video berikut:
Medley (Bidadari + Cinta Kristal)
Percaya Dalam Sangsi
Berpesan-Pesan