Ahad, 17 Mac 2013

Metal Zulaikha The MTV

Pada 16 & 17 Mac 2013, Sniperz menjalani sesi rakaman video muzik pertamanya untuk lagu Metal Zulaikha. Pada hari pertama rakaman tersebut yang diarahkan oleh admin Sniperz sendiri iaitu RFizam dijalankan di kawasan lapang di sekitar Bandar Seri Botani, Simpang Pulai bermula jam 5.30pm, dengan menggunakan khidmat model bernama Ain April sebagai 'Zulaikha' di dalam video tersebut.

Pada perancangan awal, sepatutnya rakaman tersebut perlu dihabiskan pada hari yang sama tetapi cuaca tidak mengizinkan dan proses rakaman terpaksa disambung pada keesokan harinya di lokasi yang lain iaitu di Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh tanpa model pada waktu yang sama.

Selesai sudah proses rakaman yang dijalankan selama 1 1/2jam. Kemudian proses suntingan dan editing video tersebut dilakukan di RltnFtc Zoom Zone & dimuatnaik ke Youtube dalam mode 'private' sebelum dipaparkan kepada umum semasa pelancaran album E7J nanti.

Tontoni video berikut:
The Making Of 'Metal Zulaikha'
- pautan ke mtv belum tersedia -