Sabtu, 16 Februari 2013

Band Undangan @ Karnival Anak Muda Pandan

Pada 16 Februari 2013, Sniperz membuat persembahan sebagai band undangan di acara Battle Of The Bands sempena Karnival Selangorku Anak Muda Pandan yang bertempat di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Pandan Indah Selangor, acara BOTB tersebut bermula pada jam 8.30mlm dengan persembahan pembukaan oleh Yazid Sejati yang mendendangkan 2 buah lagu evergreen tanahair.

Diikuti pertandingan yang menampilkan 4 buah band yang berjaya terpilih ke peringkat final malam tersebut termasuk band yang pernah menjuarai BOTB di Sri Gombak beberapa bulan sebelumnya iaitu Himawari.

Sebelum penampilan Sniperz sebagai band undangan di pentas, pengacara iaitu bro MLG telah meminta juri undangan iaitu Alley Handyblack untuk bermain drum, Apex Rusty String untuk bermain bass, Poi Sniperz untuk bermain gitar, Yazid Sejati dan Isa Graviti sebagai vokal untuk menyampaikan lagu Isi Dan Kulit, kemudian Joe Bloodshed pula dijemput ke pentas untuk menggantikan posisi Apex sebagai pemain bass untuk menyampaikan sebuah lagu lagi iaitu Baju Kebaya.

Setelah itu, Sniperz pula ke pentas mempersembahkan 3 buah lagu iaitu Metal Sniperz (Instrumental), Medley (Nana + Lidah Bercabang) dan Berpesan-Pesan.

Di akhir acara, iaitu penyampaian hadiah di mana Himawari telah diberikan gelaran pemenang BOTB.

Tontoni Video Berikut:
Tiada Lagi Kidungmu - Yazid Sejati
Senandung Semalam - Yazid Sejati
Laungan - Himawari
Singkong Dan Keju - Himawari
Isi Dan Kulit - The Friendlist
Baju Kebaya - The Friendlist
Metal Sniperz - Sniperz
Medley (Nana + Lidah Bercabang) - Sniperz
Berpesan-Pesan - Sniperz


Bro MLG - Pengacara
Para Juri
Persembahan Yazid Sejati sebelum pertandingan bermula
Himawari dgn gaya tersendiri



Sniperz sebagai band undangan
The Friendlist, band segera yang disetupkan oleh MLG





Pemenang motorshow

Gambar kenangan di akhir acara

Selasa, 12 Februari 2013

Jamming Suka2 Bersama MLG

Pada petang 12 Februari 2013, Sniperz menerima kunjungan oleh bro Mat Labu Gadget (MLG) yang datang jauh dari Sri Gombak untuk membincangkan hala tuju dan strategi penghasilan album sulong Sniperz yang bakal muncul tidak lama lagi. Perbincangan tersebut diadakan di sebuah restoran dan di penghujung perbincangan tersebut bro MLG berhasrat mengadakan sesi jamming suka2 bersama Sniperz pada malam hari di tempat Sniperz selalu berlatih.

Pada sesi jamming tersebut, Sniperz dann bro MLG memainkan pelbagai lagu popular dulu dan kini  secara bertukar2 posisi dan diiringi oleh penyanyi undangan Awynn Azlan dan ditemani 2 lagi rakan.


Tonton Video Berikut:
Seleksi Lagu Popular Dulu & Kini
Masa ni Din Dah Balik
Perbincangan MLG dgn Sniperz

Tgh tunggu bandboy sampai kt studio
Dahsyat MLG ni ketuk drum


Tukar posisi jadi basist plak

Apabila Vokalis jadi bassist
Lan jadi vokalis
Awynn pun layan Menaruh Harapan



Teruna

Lan pan bleh jadi bassist

Gambar kenangan MLG bersama Admin
Singgah minum kat restoran mamak


Jumaat, 8 Februari 2013

Sniperz @ Show Amal PPOC Perak

Pada 8 Februari 2013, Sniperz menyertai acara Amal Muzikal IRM Bersama OKU PPOC Perak yang dianjurkan oleh Ipoh Rockers Musicians. Acara tersebut diadakan di D'Polo Cafe yang terletak di Jalan Brash bermula pada jam 8.30mlm. Selain Sniperz, lain2 band yg turut membuat persembahan adalah, Sparrow, Silverian, The Shemz, Trivia, Qiamat, Vintage, The Chronic dan Z&Superfriends.

Objektif utama acara ini diadakan oleh IRM adalah untuk mengumpul sebanyak mungkin derma para penonton bagi membantu warga OKU PPOC Perak sambil menghiburkan mereka pada acara tersebut. Sniperz menyampaikan 5 buah lagu dalam 2 sesi iaitu Bukan Kerana Nama dan Cinta Dan Cipta dalam sesi yg pertama yang dimainkan secara unplugged manakala lagu Medley (Bidadari +Cinta Kristal), Hikayat Penuh Ranjau dan Berpesan-Pesan pada sesi yg kedua secara full band. Turut diadakan ialah acara cabutan bertuah.

Tonton Video Berikut:
Bukan Kerana Nama
Cinta Dan Cipta
Medley (Bidadari + Cinta Kristal)
Hikayat Penuh Ranjau
Berpesan-Pesan

Persembahan lagu2 rancak



Rakan2 dari Kutip2 Band turut memeriahkan acara

Penyerahan kutipan derma kpd pengurusan PPOC

Para pemenang acara Cabutan Bertuah