Rabu, 30 Januari 2013

Photoshoot Pro @ Randuk Benua Studio

Pada 30 Januari 2013, Sniperz menjalani sesi fotografi di sebuah studio yang terletak di Halaman Meru Permai, Ipoh. Sesi tersebut berjalan selama 2 jam bermula 10mlm hingga selesai.

Tujuan sesi ini adalah untuk pemilihan foto2 dan rekaan yg sesuai utk dijadikan sebahagian daripada cover album E7J nanti. Kaedah yang digunakan ialah skrin hijau, ia bertujuan untuk digantikan dengan latar permandangan yang diingini seolah2 berada di tempat yg berlainan.
















Bagi pihak Sniperz mengucapkan ribuan terima kasih kpd jurufoto profesional Randuk Benua Studio kerana sudi mengambil gambar2 Sniperz untuk dijadikan sebagai cover album.

pautan : www.randukbenua.my
pej : 05.5272485
hp : 017.5584482

Ahad, 27 Januari 2013

Azmie Jadi Backup Singer

Azmie (tengah) bersama Ujang Dickinson dan Joe Burmark
Pada 27 Januari 2013, Sniperz mengunjungi Quantize Studio untuk meninjau perkembangan terkini hasil rakaman lagu2 Sniperz yang diadun oleh bro Burn Crossfire, kebetulan pada waktu itu bro Joe Burnmark sedang melakukan sesi rakaman suara Baha Rock untuk lagu bertajuk 'Tiada Luka Tiada Parah' untuk dimuatkan dalam Rock Tsunami, sambil diperhatikan oleh Ujang Dickinson dan rakan2 yang lain.

Setelah itu, bro Burn meminta Ujang dan Azmie menyertai Joe Burnmark memasukkan vokal latar pada bahagian chorus lagu tersebut supaya lebih menarik. Terima kasih kepada pihak Quantize Studio kerana memberi peluang kepada Azmie sebagai backup vocal.


Proses rakaman vokal sambil diperhatikan oleh Azmie, Ujang dan rakan2


Rakaman Backup vocal oleh Burn Crossfire sambil diperhatikan oleh Baha Rock

Aziey Dickinson mengambil peluang bergambar dgn Sniperz


Sabtu, 26 Januari 2013

Projek Album E7J, Cerita 3 : Radical Studio

Pada 26 Januari 2013, Sniperz menyambung lagi proses rakaman untuk lagu yang terakhir untuk dimuatkan dalam album E7J iaitu Semalam Kenangan, ciptaan dan lirik lagu tersebut adalah 100% oleh Rosli Ahmad manakala muzik pula oleh Sniperz sendiri.

Proses rakaman bermula jam 3pagi iaitu proses membuat muzik panduan (guide) oleh Mie dan Poi dan drum oleh Lan, kemudian rakaman disambung lagi pada jam 6petang hingga siap iaitu proses memasukkan bass oleh Din, Gitar (Riff & Solo) oleh Poi dan vokal oleh Mie. selesai sudah proses rakaman lagu, hanya menunggu proses adunan (mixing) & mastering. Album E7J dijangka akan siap dlm bulan Februari 2013.

Tonton Video Berikut:
Semalam Kenangan

Proses masukkan vokal untuk guide

Proses masukkan gitar untuk guide

Proses masukkan drum oleh Lan

Rakaman awal oleh Rodli Ahmad






Ahad, 13 Januari 2013

Metalpallooza Gig & Reopening 2013

Pada 13 Januari 2013, Sniperz menyertai sebuah gig di Metalpallooza Studio bersama 6 buah band yang lain termasuk band2 daripada IRM sempena acara pembukaan semula studio tersebut bermula jam 2 petang. Band2 yang menyertai selain Sniperz adalah:
Black Revenge
Hawoolewin (Silverian)
Sparrow
Trivia
The Shemz
Necro-X

Sniperz menyampaikan 5 buah lagu iaitu : Medley (Bidadari + Cinta Kristal) Ziet Geist, Strategi, Ikrar Perwira dan Reunion Wings selama lebih kurang 35 minit sebagai band penutup acara. Hampir kesemua ruang dipenuhi penonton yang hadir memberikan sokongan kepada band2 yang membuat persembahan. Tahniah buat semua band yang telah berjaya memberikan persembahan yang mantap dan menarik serta ucapan terima kasih kepada pihak penganjur kerana menjemput Sniperz dan band2 yang lain untuk mengadakan persembahan dalam acara yang meriah.

Tontoni video berikut:
Black Revenge

Sparrow

Hawoolewin

Trivia

The Shemz

Necro-X




Band2 yang membuat persembahan

Sniperz bersama Sparrow