Selasa, 25 Disember 2012

Sniperz @ IRM Mini Showcase 2012

Pada 25 Disember 2012, Sniperz mengambil bahagian membuat persembahan dalam IRM Mini Konsert Save For Gaza 2012 yang bertempat di Dewan Taman Meru Jelapang, Ipoh. Acara tersebut yang bermula jam 3petang itu menampilkan 10 buah band pelbagai genre rock yang telah berdaftar di bawah nama Ipoh Rockers Musician, mereka adalah:
SY95
Hawoollewin
The Shemz
Sniperz
Qiamat
Trust
Projek Jahat
 Revolta
Sparrow
D'Tribute

Antara yang hadir adalah Amir Sofea dan Big Brother BBSI memberi sokongan kepada band2 yang membuat persembahan. Sniperz adalah band yang keempat membuat persembahan menyampaikan 3buah lagu cover version iaitu Hakikat (Amuk), Nana (Amuk), Lidah Bercabang (Hidayu) dan sebuah instrumental iaitu Metal Sniperz sebagai pembukaan persembahan mereka.

Selain persembahan band dan jualan cenderahati di kaunter masuk turut diadakan kutipan derma untuk disalurkan ke dalam Tabung Untuk Gaza. Acara tersebut juga telah disiarkan secara langsung oleh radio internet terkini TeminFm dan berita mengenai keseluruhan acara pula disiarkan di dalam akhbar Sinar. Tahniah kepada penganjur iaitu Ipoh Rockers Musician kerana berani mengadakan acara ini sambil dapat beramal menyumbang bantuan kepada yang memerlukan.

Tontoni video berikut:

Tontoni video drp lain2 band di:

Barisan artis IRM menyampaikan lagu tema

SY95

The Shemz

Hawoollewin

Sniperz dgn Instrumental



Azmie ditemubual oleh emcee

Qiamat

Trust

Projek Jahat

Revolta

Sparrow

Big Brother BBSI yang datang memberi sokongan moral




Lepak santai bersama TeminFm Crew di Saybulan

Terima kasih kepada TeminFm Crew yang sudi membuat siaran langsung acara ini ke radio internet

Isnin, 24 Disember 2012

Perbincangan Sniperz & TeminFm Crew

Pada 24 Disember 2012, Sniperz band menerima kunjungan TeminFm Crew yang datang dari jauh di selatan tanahair di tempat pertemuan biasa iaitu Tasneem Corner pada jam 11.45mlm bagi membincangkan perkara mengenai rancangan untuk membuat lintas langsung acara IRM Mini Showcase Save For Gaza 2012 pada 25 Disember 2012 di Dewan Taman Meru, Jelapang. 

Pertemuan itu juga turut dihadiri bekas Bassist Sniperz iaitu saudara Zex yang pulang bercuti di Perak di mana sebelum pertemuan dengan kru TeminFm berlangsung, beliau telah menyertai Sniperz dalam satu sesi jamming.

Zex rindu jamming dengan Sniperz


Walaupun tune banyak lari, janji dapat lepas geram



Gandingan seperti waktu dulu2


TeminFm Crew baru sampai dari jauh


Perbincangan yang hangat



Terima kasih kepada TeminFm Crew yang sudi datang dari jauh bertemu Sniperz

pautan ke TeminFm:

Sabtu, 8 Disember 2012

Salam Projek 2012 Bersama 80's Ipoh Headbangers

Persembahan bersama Otai2 Ipoh Headbangers
Pada 8 Disember 2012, Sniperz bergabung tenaga dengan barisan artis2 otai dalam 4th Reunion of 80's Ipoh Headbangers 'Salam Projek 2012'. Acara tersebut diadakan di Kawasan Perkelahan Ulu Chepor, Chemor bermula jam 8.30pm dan berakhir pada jam 1.00am.

Antara barisan artis & band yang turut membuat persembahan adalah Minima, May, Qiamat, Izzaka, Usop Angel Heart & ramai lagi, Sniperz menyampaikan 4 buah lagu secara unplugged iaitu Berpesan-Pesan, Doa, Percaya Dalam Sangsi & Bukan Kerana Nama (nyanyian beramai2)

Pelbagai segmen lain turut diadakan seperti makan malam, kuiz untuk anak2 serta cabutan nama bertuah. Kemudian hadirin dipersembahkan dengan tayangan video mengenai sejarah Islam dan kemuncak acara merupakan monolog yang disampaikan oleh Ustaz Akhil Hayy. Di akhir acara semua hadirin dan kru yang terlibat bergambar sebagai tanda kenangan.

Tonton video berikut:
Kenangan Lalu - Usop Angel Heart
Soldier Of Fortune - Usop Angel Heart
Keinsafan - Qiamat
Jenazah Akukah Ini - Qiamat
Gadis Bertudung Putih - May
Cintamu Mekar Di Hati - May
Mati Hidup Semula - Nan
Instrumental 1 - Minima
Instrumental 2 - Minima
Empty Room - Izzaka
Kau Yang Satu - Izzaka
Berpesan-Pesan - Sniperz
Doa - Sniperz
Percaya Dalam Sangsi - Sniperz
Bukan Kerana Nama - Sniperz feat. Otai2 80's Headbangers
Cinta Kristal - Izzaka & Mus May