Rabu, 18 Julai 2012

Sniperz @ Karnival Santai Sri Iskandar

Pada 18 Julai 2012 bertempat di Dataran MRCB (sedec) Sri Iskandar, Sniperz diundang untuk membuat persembahan yang dianjurkan oleh Malaysia Rock Kapak Fan Club, acara tersebut yang bermula pada jam 10mlm berakhir jam 12.15mlm itu turut mengundang 3 band iaitu Aliashaq, Apijo dan TB Band.

Sniperz menyampaikan 7 buah lagu, antaranya Metal Zulaikha, Berpesan-Pesan, Lidah Bercabang dan lain2.

Tontoni Video Berikut:





















Sabtu, 14 Julai 2012

Sniperz @ Program Khidmat Kemahiran Belia Bumiputra

Sniperz menanti saat untuk beraksi lagi
Pada 14 Julai 2012, Sniperz beraksi lagi di Pulau Pinang, persembahan kali ini turut disertai oleh 11 band lain yang rata2nya berasal dari kawasan Pulau Pinang dan Kulim, bertempat dia kawasan letak kenderaan Astaka Bandar Perda, Bukit Mertajam itu dianjurkan buat pertama kalinya oleh Studio Andalusia secara outdoor stage bersempena Program Khidmat Kemahiran Belia Bumiputera Pulau Pinang 2012.

Sebelum persembahan, Sniperz mengenakan tshirt yang ditaja oleh pihak MNS sebagai tanda penghargaan antara kedua belah pihak sebelum mengenakan pakaian rasmi untuk beraksi dipentas. Memandangkan Sniperz satu2nya band yang diundang dari jauh, Sniperz diberikan slot persembahan yang terakhir sebagai kemuncak acara, dengan menampilkan 4 buah lagu termasuk instrumental.

Tontoni video berikut:
Sniperz War
Medley - Bidadari + Cinta Kristal
Nana (Instrumental)


Sniperz memperakankan tshirt MNS
Soundcheck
Memulakan persembahan






Kenangan bergambar bersama penganjur dan rakan2 yang turut membantu manjayakan acara

Terima kasih kepada pihak Andalusia Studio yang sudi mengundang Sniperz untuk memeriahkan acara.

Sabtu, 7 Julai 2012

Sniperz Jamming Bersama Azroy Hidayu

Azroy Hidayu dan Sniperz
Pada 7 Julai 2012, Sniperz menjalani sesi jamming seperti biasa tetapi bersama dengan kehadiran seorang drummer band lagenda suatu masa dahulu, Azroy Hidayu. Walaupun kunjungan beliau hanya beberapa ketika sahaja, namun beliau sempat berjamming bersama untuk beberapa buah lagu dengan ketukan drum dan petikan gitar bass. terima kasih bro Azroy kerana sudi singgah dan berjamming bersama.

Tontoni video berikut:
Teratai
Instrumental
Hukum Karma

Pertama kali drummer main bass

Steady n Cool

Kenangan bergambar bersama Azroy Hidayu




Jumaat, 6 Julai 2012

Ipoh Rockers @ Musician Suka-Suki Gathering

Poi Sniperz beraksi bersama kawan2
Pada 6 Julai 2012, Sniperz menghadiri Gathering 'Suka-Suki' anjuran Ipoh Rockers@Musician yang diadakan di Xamtech Studio, Tmn Meru, Jelapang. Acara itu yang menghimpunkan rakan2 daripada band2 Ipoh yang lain seperti : Qiamat, Vibra, Angatpijoo, Revolta dan ramai lagi, bertujuan utk berkenalan antara satu sama lain serta menjalinkan persahabatan lama dan baru yang mana sebelum ini hanya berhubunga melalui rangkaian Facebook. Semoga persahabatan kekal sepanjang masa, insyaAllah..

Sesi jamming pada acara tersebut diadakan secara bersama-sama, antara lagu yang dimainkan selain daripada lain ciptaan sendiri ialah: Gadis Bertudung Putih, Suratan Takdir, Bunga Padang Pasir, Intanku Kesepian dan banyak lagi.

Tontoni video berikut:
Nana
Jerangkung Dalam Almari
Awang Trasher
Dari Kaca Mata
Bunga Padang Pasir
Intanku Kesepian
Qiamat




Qiamat Band
Marnsuria, Dom, Nan, Jais


Pelbagai lagu dipermainkan
Instrument tambahan : gitar akustika




Bertambah ramai












Tuan punya studio
Chortoto