Ahad, 24 Jun 2012

Sniperz Metalpallooza

Pada 24 Jun 2012, Sniperz telah menyertai satu sesi jamming di sebuah studio yang terletak berhampiran Pasaraya Giant, Bercham. Sesi tersebut diadakan oleh salah seorang daripada sahabat lama sempena majlis pelancaran studio tersebut yg bernama Metalpallooza Studio. Terdapat 2 band lg turut menyertai sesi jamming.

Sebelum itu, band2 yang terlibat diberi taklimat mengenai pembukaan studio dan pendaftaran keahlian di studio tersebut serta keistimewaan2 yg boleh diperolehi apabila menjadi ahli seperti: jamming dgn harga diskaun, dapat menyertai acara2 yg bakal dianjurkan oleh pihak studio dan lain2 lagi. Kepada band2 di luar sana yang berminat untuk menyertai keahlian atau menggunakan studio jamming boleh berurusan terus dgn En. Azhar - 0173863951

Tontoni video berikut :
Medley
Hakikat
Lidah Bercabang
Ziet Geist
Nana
Berpesan-Pesan
Metal Zulaikha
Strategi
Ikrar Perwira
Percaya Dalam Sangsi
Cintamu Mekar Di Hati
Dari Kaca Mata



Revenge bersama Wan sebagai vokalis

Ketibaan band2 dan penonton

Azmie mengisi borang keahlian untuk Sniperz

Persembahan daripada Sniperz



Persembahan daripada Operation 5



Revenge dengan Azhar sebagai pengacara dan tuan rumah

Sabtu, 23 Jun 2012

Sniperz Beraksi Di Sambutan Hari Belia 2012

Persembahan muzik irama slow rock daripada Sniperz
Pada 23 Jun 2012, Sniperz ditawarkan sebagai band jemputan untuk beraksi di pentas sempena Sambutan Hari Belia 2012 Parlimen Tambun yang bertempat di pekan Chemor. Acara yang bermula pada jam 8.00 malam itu turut menampilkan Tom (MyStarz LG), Sumei dan Kumpulan May untuk menghiburkan lebih kurang 3ribu penonton yang hadir. Acara tersebut dirasmikan oleh Dato' Sri Husni Hanadzlah sebaik sahaja ketibaan beliau pada 9.00 malam.

Sniperz pada malam itu menyampaikan 2 buah lagu iaitu Medley (Bidadari + Cinta Kristal) dan Berpesan-Pesan pada awal acara, namun begitu Sniperz sekali lagi diberi peluang untuk menyampaikan sebuah lagi lagu pada akhir acara iaitu lagu Lidah Bercabang sebagai hiburan kepada peminat-peminat muzik rock yang setia.

Tonton video berikut:
Medley (Bidadari + Cinta Kristal)
Berpesan-Pesan
Lidah Bercabang


Sesi soundcheck pada sebelah petang sebelum persembahan

Sniperz memulakan persembahan
 


Sebahagian daripada 3ribu penonton yang hadir

Eddie Def Gab-C turut hadir

Tom (MyStarz LG) antara arits yang membuat persembahan

Sniperz berpeluang bergambar dan berjabat mesra dengan Dato' Sri Husni Hanadzlah

Kenangan bergambar bersama Mus May dan rakan2