Isnin, 10 Oktober 2011

Terjah Rockers Bersama Sniperz

Sniperz bersama Mat Labu Gadget
Pada 10 Oktober 2011, Sniperz telah  diterjah oleh krew MNS Events & Services dari Kuala Lumpur iaitu Mat Labu Gadget dan Nur Sabrah dengan membuat rakaman video eksklusif dan menemubual ahli band untuk mengetahui aktiviti2 harian, acara2 yang pernah disertai dan perancangan masa hadapan.  Dalam pertemuan itu, Din tidak dapat hadirkan diri atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan dan kehadirannya diwakili oleh RFizam.

Temubual itu telah dibuat di sekitar bandaraya Ipoh seperti di Tasneem Corner dan Dataran DBI. Perbualan video juga dibuat untuk berhubung dengan Din semasa temubual dijalankan.

Tontoni video berikut:



Pertemuan Sniperz dengan krew MNS

Ketika menikmati makan malam bersama di sebuah restoran di Jelapang


Kenangan bergambar sebelum krew MNS bergerak pulang
Sniperz mengucapkan jutaan terima kasih kepada krew MNS kerana sudi datang dari Kuala Lumpur semata2 untuk membuat sesi rakaman video Terjah Rockers, dengan adanya rakaman video tersebut dapat memberi kemajuan kedua belah pihak.

Sabtu, 8 Oktober 2011

BBSI Big Brothers Reunion

Sniperz sebelum persembahan di BBSI

Pada 8 Oktober 2011, Sniperz dipanggil oleh Roy Hidayu (wakil BBSI) untuk membuat persembahan pada malam BBSI Big Brothers Reunion yang yang bertempat di Dewan Bandaraya Ipoh bersama dengan artis dan band lain di mana Sniperz dikehendaki memainkan 2 buah lagu yang salah satunya sebuah lagu daripada band Hidayu. Setelah mencapai kata sepakat, Sniperz bersetuju untuk memilih lagu Lidah Bercabang (Hidayu) dan Ikrar Perwira untuk menghiburkan rockers pada malam tersebut.

Antara artis2 dan band lain yang terlibat ialah : Aris Ariwatan, Rosli Mohalim, Ustaz Akhil Hayy, Teja, SYJ, Vibra, Mamat Khalid dan ramai lagi.

Tontoni video berikut :



Orang2 penting Dalam BBSI

Sniperz ketika soundcheck

Sniperz memulakan persembahan

Azmie memperkenalkan setiap ahli Sniperz kepada penonton

Aksi dalam lagu Lidah Bercabang


Penonton yang benar2 'layan' dengan irama rock

Kenangan bergambar dengan Aris Ariwatan

Kenangan bergambar dengan Rosli Mohalim



Sniperz bersama The Followers yang datang dari Kuala Lumpur

Din bergambar dengan Mamat Khalid

Kenangan bergambar bersama Ustaz Akhil Hayy




Din bersama MP Spring


Terima kasih kepada Roy Hidayu kerana memberi kepercayaan kepada Sniperz untuk menyampaikan lagu Lidah Bercabang