Ahad, 25 September 2011

Lepak Santai Raya Bersama Sniperz dan Stage Show @ Fiesta Shawal 2011

Poster yang direka oleh pihak penganjur
Pada 23 September 2011 telah dianjurkan satu acara Lepak Santai Raya Bersama Sniperz Dan Kawan2 oleh Mat Lagu Gadget sempena musim perayaan dan bertujuan untuk merapatkan ikatan persahabatan, bertempat di Studio MRKFC, Taman Sri Gombak. Antara acara yang diadakan ialah : sesi jamming, jamuan makan, sesi beramah mesra dan sesi bergambar, sahabat2 dan rakan2 yang hadir pada malam tersebut di antaranya ialah, Yong Joe Black, Blank Gamma, Alley drummer, Wan Erwan, Awie FunkerFm, Yus Majid FunkerFm, Achik & Friends, Nia Zaniza, Fiza dan ramai lagi.

Tontoni video berikut :




Sesi beramah mesra

Bergambar dengan Awie FunkerFm dan 2 lagi sahabat Sniperz
Suasana dalam Studio Jamming MRKFC

Kenangan bergambar beramai2
Agenda Sniperz seterusnya pada keesokan hari beraya di rumah sahabat2 sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, bermula di rumah DJ Funker.fm di Rawang iaitu Yus Majid, singgah sebentar di Studio MRKFC di Sri Gombak, destinasi raya seterusnya di rumah sahabat iaitu Yuti Yusuf di Sri Gombak, kemudian diteruskan perjalanan ke rumah gitaris yang rekod dunia iaitu Norzamri Lagenda Gitar di Taman Koperasi Polis. destinasi seterusnya di rumah salah seorang sahabat dan juga seorang ahli dari band Cropox iaitu Eroll Cropox di Puchong. Destinasi terakhir sebelum bermalam di rumah sahabat di Ampang ialah berjumpa dengan Lan Gamma di Uk Perdana. 
Poi dan Din di hadapan rumah Yus Majid
Beraya di rumah Yuti Yusuf
Di kediaman Norzamri Lagenda Gitar
 
Sniperz di rumah Eroll Cropox




Pada 25 September 2011, Sniperz mengadakan persembahan dia Fiesta Syawal 2011 di Karnival Keusahawanan Pantai Morib pada malam hari, sebelum itu Sniperz menjalani sesi latihan muzik di Studio MRKFC dan sempat juga jamming bersama otai2 rock iaitu Afee U-Topia, Man Tobey dan Joe Burnmark.

Tontoni video berikut :

Baraya di rumah sahabat di Ampang
Album terbaru daripada Joe Burnmark
Joe Burnmark, Afee U-Topia dan Man Tobey
Kenangan bergambar dengan otai2 rock
Yazid Sejati selaku pengacara
Sniperz beraksi di Fiesta Syawal 2012
Sniperz selepas persembahan
Bergambar dengan Blank Gamma, Ujang Dickinson dan Sham J-Batt
Sniperz dan Jebat
Persembahan bersama Jebat, band heavy metal dari Kajang telah mengiratkan lagi perhubungan persahabatan antara 2 buah band, diharapkan akan ada lagi peluang untuk sama2 membuat persembahan di atas satu pentas yang sama satu hari nanti.



Khamis, 15 September 2011

Logo & T-Shirt Sniperz

Cadangan logo Sniperz yang rasmi
Pada 15 September 2011, mesyuarat telah diadakan selepas tamat sesi latihan muzik (jamming) bersama RFizam mengenai ciptaan logo rasmi bagi band Sniperz dan rekaan corak baju t-shirt Sniperz. Rekaan logo telah ditetapkan seperti dalam gambar di atas dan contoh rekaan t-shirt pula seperti gambar dibawah.

Rekaan cadangan
Rekaan Cadangan


Perkara lain yang turut dibincangkan adalah mengenai agenda Majlis Hari Raya anjuran Studio MRKFC pada 23 September 2011 di Sri Gombak dan persembahan pentas di Karnival Pantai Morib yang akan diadakan pada 25 September 2011.

Jumaat, 9 September 2011

Sniperz Reunion Raya 2011

Pada 9 September 2011, Sniperz telah mengadakan 1 sesi jamming bersama mantan bassist iaitu Zex yang bertempat di Xam Tech Studio, Taman Meru bersempena musim Syawal 2012 dan untuk mengiratkan persahabatan sesama ahli band. Dalam sesi jamming tersebut, Zek sebagai bassist mana kalaDin sebagai 2nd Guitarist dan lainnya pula di posisi biasa masing2. Banyak lagu yang dimainkan sehingga awal pagi.

Tontoni video berikut : 





Lan & Zex

Azmie & Zex
Din & Zex

Zex & Din

Poi & Zex
Walau di mana jua berada, sahabat sejati tetap jua di hati, diharapkan akan ada lagi sesi jamming reunion sebegini pada masa2 yang akan datang, InsyaAllah