Sabtu, 14 Mei 2011

TEMAN Battle Of The Bands

Sniperz di atas pentas Battle Of The Band
Pada 23 April 2011, Sniperz telah menyertai pertandingan Battle Of The Band peringkat saringan di pentas Taman Agribisnes Negara (TEMAN) Gopeng, Perak dan terpilih untuk ke peringkat akhir BOTB pada 14 Mei 2011 di tempat yang sama bersama 8 lagi band iaitu : Destined, Silent Migration, Heaven's Key, Clay, Sweet P, One Skyma Band, Rocktone dan Mayang Sari. Pertandingan tersebut ditonton oleh ramai peminat muzik rock dan juga penyokong band masing2.

Pada malam tersebut, Sniperz mempertaruhkan persembahan dengan lagu daripada kumpulan Amuk : Nana, dengan cara yang tersendiri. Selesai persembahan oleh kesemua band yang bertanding, penonton dihiburkan dengan konsert daripada lagenda rock kapak yang berasal dari Ipoh iaitu May.

Sebagai kemuncak acara, diumumkan pemenang2 yang berjaya, Sniperz telah berjaya memenangi 2 kategori iaitu pemenang tempat yang ketiga dan persembahan terbaik. Tahniah

Tontoni video berikut : 
Nana 

Sesi latihan

Sniperz semasa persembahan peringkat saringan

Sesi soundcheck

Sniperz bersama peserta2 lain berkumpul di pentas dan menyanyikan lagu Negaraku sebagai pembuka tirai BOTB

Transformasi Sniperz bermula untuk beraksi

Sniperz ketika menyampaikan lagu Nana

Azmie dengan gaya yang tersendiri untuk menarik perhatian juri

Gitar solo daripada Poi

Angkatan Sniperz bergambar selepas giliran persembahan mereka

Persembahan konsert terhangat daripada lagenda rock kapak Ipoh, Kump. May

Sniperz bersama kemenangan dan kenangan

Trofi kemenangan, walaupun hanya tempat ketiga, ia sebagai pembakar semangat Sniperz untuk terus berjuang dalam muzik