Sabtu, 5 Mac 2011

Kembara Gig Rock Kapak Sniperz

Poster Gig Rock Kapak & Konsert Meditasi
Pada 5 Mac 2011, Sniperz telah dipanggil oleh pihak MNS Events & Services untuk mengadakan persembahan secara gig yg bertempat sekali lagi di One Cafe, Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur bagi acara pembukaan Konsert Meditasi. Kali ini pemain drum Sniperz iaitu Lan tidak dapat bersama mengadakan persembahan tersebut kerana urusan yang tidak dapat dielakkan, tempat beliau telah digantikan oleh sahabat Sniperz iaitu WakYus sebagai sessionist drummer. Turut mengadakan persembahan secara gig iaitu D'Anger, sebuah band dari Rawang. Antara lagu2 yang dimainkan Sniperz ialah, Ziet Geist, Ngap Sayot, Awang Trasher dan lain2 lagi. Apa yang lebih menarik sepanjang gig dan konsert tersebut disiarkan secara langsung ke seluruh dunia melalui internet oleh radio internet rasmi FunkerFm.

Tontoni video ini : 

Kenangan bergambar di rumah sahabat sebelum bergerak ke lokasi untuk beraksi

Sesi soundcheck

Taklimat daripada Mat Labu Gadget sebelum persembahan
Bergambar sebelum beraksi
Persembahan Sniperz bermula selepas persembahan daripada D'Anger
Azmie turun dari pentas untuk sama2 ber'headbanging' dengan penonton Sabahan

Sebahagian daripada penonton Sabahan yang sedang asyik dengan alunan muzik

Persembahan konsert dari lagenda rock kapak, Meditasi

Kenangan bergambar dengan Burn, Vokalis Meditasi
Kenangan bergambar dengan Mat Labu Gadget, pengurus dari MNS selaku pengacara majlis

Terima kasih kepada pihak penganjur, MNS Events & Services kerana sudi memberi peluang kepada Sniperz beraksi bersama rockers2 lain di atas satu pentas dan tidak lupa juga kepada DJ2 radio FunkerFm yang membuat liputan siaran secara langsung. Yang paling penting adalah para penonton2 terutama kepada Sabahan Rockers, tambah sahabat dan eratkan silaturrahim melalui muzik rock.

Penganjur : MNS Event & Services 
Radio Internet Rasmi : FunkerFm (page) / FunkerFm (web)