Selasa, 2 Julai 2013

Promosi E7J Di Mutiara.fm


Pada 2 Julai 2013, Sniperz menerjah ke konti Mutiara.fm, Pulau Pinang untuk meneruskan promosi album E7J, pada kali ini hanya Azmie dan Din sahaja yang dapat hadir ke konti tersebut ditemani oleh admin, RFizam kerana Poi dan Lan mempunyai komitmen lain yang perlu diselesaikan.

Kehadiran Sniperz ke konti disambut oleh DJ YY yang mengendalikan segmen Rock dan memulakan sesi temubual mengenai sejarah, persembahan dan album.

Sebelum mengakhiri sesi temubual, Sniperz diminta untuk menyampaikan sebuah lagu secara 'live' iaitu lagu Percaya Dalam Sangsi khas untuk para pendengar di seluruh Pulau Pinang.

Tontoni Video Berikut :







Sabtu, 22 Jun 2013

Jemputan Ke Acara Karya One, UiTM

Sniperz Bersama Aku Citra

Pada 22 Jun 2013, Sniperz dijemput ke Acara Karya One di Dewan Budiman, UiTM, Shah Alam sebagai hadirin untuk memeriahkan lagi acara tersebut, sebaik sahaja membuat persembahan santai di Uptown Sri Gombak. Acara tersebut bermula kira2 jam 10 mlm diadakan untuk menyampaikan anugerah kepada karyawan2 muda yang menuntut dalam jurusan multimedia

Ramai artis yang hadir telah dijemput sebagai penyampai anugerah, antaranya Fauziah Ghous, Gambit Saifullah, Prof.Madya Rajak Mohaideen, Feez Fairuz, dan ramai lagi, tak lupa juga Ezaad Lazim yang membuat persembahan pentas.




Pelancaran Laman Santai Jamming Corner


Pada 22 Jun 2013, Sniperz dijemput oleh pihak MNS Events & Services untuk mengadakan persembahan pembukaan Laman Santai Jamming Corner sempena Motorshow di Uptown Sri Gombak. Acara tersebut dirasmikan oleh Tuan Rahim Kasdi dari Majlis Daerah Selayang, disusuli persembahan santai oleh Sniperz pada jam 9 malam dengan mendendangkan 3 buah lagu

Tontoni Video Berikut :


Sesi Soundcheck

Pengunjung Di Uptown Sri Gombak
Kaunter Jualan CD Album & Tshirt Sniperz
Persenbahan Sniperz

Pelancaran Oleh Tuan Rahim Kasdi
Pengunjung Yang Asyik Merakam Video & Gambar



Rabu, 19 Jun 2013

Artikel Sniperz di Akhbar Berita Harian


Pada 19 Jun 2013, artikel mengenai temubual Sniperz di NSTP, Bangsar tempohari akhirnya diterbitkan di salah satu mukasurat akhbar Harian Metro. Ruangan berita tersebut menceritakan mengenai konsep, imej, album dan perancangan terdekat.

Selasa, 4 Jun 2013

Jelajah Promo E7J - Siri 1

Pada 4 Jun 2013, Sniperz mengunjungi konti Putra.fm yang terletak di Universiti Putra Malaysia, Serdang sebagai lokasi pertama untuk mempromosikan album E7J, segmen artis undangan bersama DJ Adriana mula bersiaran pada jam 3 petang selama 1 jam. Pelbagai soalan telah diajukan kepada Sniperz, antaranya sejarah penubuhan dan nama Sniperz, kelahiran albung sulung, penciptaan lagu2 serta lirik dan perancangan masa depan.














Lokasi seterusnya ialah di konti Bapakku.fm yang terletak berhampiran Ampang Point, Selangor, antara radio internet yang popular pada masa kini, segmen artis undangan bersama DJ Finie tersebut bersiaran pada jam 9 mlm selama 1 jam 20minit. Pelbagai soalan juga diajukan diselang-seli dengan lagu-lagu drp album E7J. Pada akhir siaran, Dj menawarkan CD album E7J secara percuma kepada 2 orang pendengar yang berjaya membuat panggilan yang paling awal, tahniah kepada 2 orang pemanggil tersebut.












Pada keesokan harinya iaitu 5 Jun 2013, Sniperz berkunjung ke Bangunan NSTP di Bangsar untuk sesi fotografi dan temubual oleh wartawan, dimulakan dengan sesi fotografi yg bermula jam 3.30 ptg. Semasa sesi tersebut berlangsung, admin meminta kebenaran dari pihak wartawan dan jurufoto untuk menjalankan rakaman video muzik 'Berpesan-Pesan'. Selesai sahaja rakaman dan sesi fotografi, Sniperz ditemuramah oleh wartawan NSTP, segala bahan yang diperolehi dan foto akan disiarkan dalam 2 akhbar iaitu Berita Harian dan Harian Metro. Seorang lagi artis baru yang turut ditemuramah iaitu Elly (Raja Lawak) yang mempromosikan single pertama beliau 'Ketengah Ketepi'.














Pada malam harinya, Sniperz berkunjung ke konti Galaksi Muzik.fm di Wisma Radio Angkasapuri untuk bersiaran brsama DJ Fairuz bermula jam 9 mlm selama 1 jam, Selain daripada sesi bualbicara, Sniperz juga telah menyampaikan 2 buah lagu secara akustik iaitu Percaya Dalam Sangsi dan Berpesan-Pesan. Selepas selesai sesi bersiaran, Sniperz diminta oleh penerbit segmen untuk merakamkan beberapa 'jingle' utk segmen2 tertentu Muzik.fm termasuk utk segmen istimewa hari raya yang akan dtg.







Sebaik sahaja selesai bersiaran di RTM, Sniperz meneruskan perjalanan promosi E7J di konti MySuara.fm yg beroperasi di bukit Lorong Travers dan bersiaran bersama DJ Arin bermula jam 11mlm selama sejam, di penghujung segmen, setiap ahli Sniperz menurunkan tandatangan masing2 di papan tandatangan artis dan diberikan cenderahati sebagai tanda kenangan.














Pada hari terakhir iaitu pada 6 Jun 2013, Sniperz berkunjung ke destinasi terakhirnya iaitu di konti radio U.fm yang terletak di kampus UiTM Shah Alam, siaran segmen artis undangan bermula pada jam 3.30 ptg diakhiri dengan sesi rakaman pesanan khidmat kemasyarakatan di studio rakaman suara bersebelahan konti radio.


























Jutaan terima kasih kepada En. Mahzan B yg telah mengaturkan promosi dan meluangkan masa bersama Sniperz di setiap tempat yg dikunjungi, kerjasama beliau sangat2 dihargai.